Sunday 31 July 2016

Pita Pengukur

PITA PENGUKUR



#Throwback

Hampir nak menitis air mata semalam.
En.Husband buat surprise... Surprise hadiahkan "pita pengukur". 

Dia tahu alat ni penting untuk mencari rezeki .. (Yes simple je alat untuk mencari duit)...
Maklumlah nak pergi kelas untuk menambah ilmu, tiba-tiba godek handbag, hilang pula pita pengukur yang lama.

Malam sebelum ke kelas, saya mengadu pasal kehilangan pita pengukur. Saya tanya kat mana saya boleh beli..dah pukul 9.30 malam dah.

En.Husband diamkan diri. Masa tu kita sekeluarga bersama mak mertua keluar untuk makan malam.
Sejurus selepas hantar mak mertua balik, saya & suami pun balik lah rumah.

Sesampai rumah tak sampai 10 minit , En.Husband tersenyum-senyum...minta saya bagi 1 kiss kat muka.
Mestilah i rasa kenapa dengan husband i ni tiba-tiba minta kiss. Rupa-rupanya dia berjaya mencari keluar 1 pita pengukur yang lama tapi tak pernah guna daripada rumah mak mertua.

Terus terasa hati berbunga-bunga. Tersentuh hati sangat walaupun surprise tu cuma 1 pita pengukur.

Yang paling mengembirakan saya ialah bila Husband support & tolong dalam business .. 


Sebab apa... Sebab dia tahu business yang saya libatkan diri memang sesuai untuk wanita yang telah berumahtangga.. 

Flexible sangat business ni.. 
"Work from home" tu yg dia paling suka...
Golongan suami memang suka bila isteri berada di rumah tiap-tiap hari. Memasak, mencuci, mengemas..lebih-lebih lagi bila ada rezeki anak.

Boleh lah jaga anak-anak kelak hari di rumah.

Tak usah nak susahkan orang tua untuk jaga & tak perlu risau hantar anak ke babysitter.

No comments:

Post a Comment